Sunday 23 August 2015

Makan apa untuk hari ini?

Oleh kerana hari gaji akan masuk tidak lama lagi, aku bersiar-siar sebentar di Alamanda Putrajaya sambil membeli barang dapur untuk dimasak di rumah. Tetapi sebelum itu, singgah ke Medan Selera shopping complex berkenaan untuk makan malam.

Mujurlah pengunjung tak berapa ramai sangat. Jadi, mudahlah aku memesan makanan kegemaranku bertemakan selera dari Asia Timur. Selain hidangan Asia Timur, aku juga sukakan hidangan Western. Aku akan makan hidangan tempatan jika berlaku darurat yang sering melanda setiap pertengahan bulan.

Dalam masa tak sampai 20 minit, akhirnya hidangan yang aku makan selamat dihabiskan dengan selamat. Selepas ini, akan aku cuba pula hidangan yang baru tetapi masih bertemakan selera Asia Timur atau Western.

Selepas itu, jalan-jalan sekitar shopping complex dan sempat singgah ke MPH untuk mencari satu majalah yang amat berguna untuk mencari duit lebih.

Bila dah puas bersiar-siar dan membeli barang dapur, sudah tiba masanya untuk pulang ke rumah. Tetapi sebelum itu aku minum Milkshake Junior berperisa Chocolate Mint.


No comments:

Post a Comment