Monday, 31 August 2015

Cara-cara Memasak Nasi Goreng Pedas

Sekarang ini aku akan siarkan cara-cara masakan yang mudah khusus untuk mereka yang masih bujang atau mereka yang malas nak memasak secara detail. Apa yang penting sekarang, perut mestilah kenyang.

 
Bahan-bahan:
1. Nasi yang dah masak
2. Mentega
3. Sayur-sayuran yang anda suka
4. Sambal bilis paste
5. Cili kecil, bawang merah & bawang putih yang dah dicincang

(Tiada dalam gambar)
1. Lada sulah
2. Serbuk perasa Maggi
3. Kicap perasa Maggi
4. Garam
5. Black pepper
6. Kicap manis cap kipas

Mula-mula, panaskan panfried dalam masa 3-5 minit sebelum letakkan dua cedok mentega. Biarkan ia cair seketika & ratakannya sendiri.

Masukkan cili kecil, bawang merah & putih yang dah dicincang sebelum dimasukkan pula sambal bilis paste.

Ratakannya & biarkan seketika sehingga naik bau.

Masukkan sayur yang kamu suka. Tak kiralah sayur jenis apa tetapi yang penting, mestilah sayur. Kacau-kacau seketika sebelum bubuh lada sulah, black pepper & kicap perasa Maggi. Kacau sekali lagi sebelum dibiarkan seketika dalam 2 minit.

Nasi yang dah dimasak dimasukkan ke dalam panfried & dikacau. Kemudian, masukkan serbuk perisa Maggi, kicap manis cap kipas serta secubit garam. Kacau lagi dalam 2-3 minit sehingga warna rata.

Setelah siap dimasak, bolehlah dihidangkan untuk diri sendiri. Kalau dah berkeluarga, nasi perlulah banyak sikit. Lebih kurang 2-3 bungkus nasi putih.


Sunday, 30 August 2015

Cooking For Bachelors (Episode 1)

Assalamualaikum & salam hari kebangsaan. Oleh kerana sekarang ini adalah hari cuti sehingga Isnin esok, aku sajikan klip video mengenai cara-cara masakan orang bujang yang simple dan kenyang. Bukan itu aje, boleh dikira save budget.

Wednesday, 26 August 2015

Gaji dah masuk...?

Assalamualaikum & selamat malam. Aku nak tanya sekarang ni, gaji dah masuk hari ini? Berapa banyak? Berapa pinjaman kena potong? Apa yang aku nak tengahkan topik kali ini adalah apa hidangan besar, lazat & penuh kekenyangan yang kamu makan setelah dapat gaji pada hari ini? Aku senaraikan beberapa contoh hidangan mewah yang selaras dengan gaji kamu tak kiralah selera Asia Timur atau Western. Kalau tempatan pun cuma memenuhi keperluan asas perut aje:

Yakiniku Bento

Pan fried beef in BBQ sauce with mix vegetables, green soybeans, crabstick, omelette, seasoned Japanese radish, potato & vegetables salad, served with steamed rice and miso soup.
Irodori Gozen

Combination set of steamed rice served with chicken with spicy sauce & iceberg lettuce, Japanese wheat noodles with sweet beancurd, served with prawn and vegetables tempura, Japanese egg custard and cultured milk drink.
Sakana Black Pepper

Deep fried dory fish in black pepper sauce served with mixed vegetables, Japanese egg custard, miso soup and steamed rice. (710 Kcal)
Lamb Chop with cheap price
Korean cuisine: Kimchi Ramen
Another chicken chop with cheap price
Tori Misoyaki Don

Steamed rice served with pan fried chicken, onions with soybean sauce and miso soup.
Bihun Kari
Another Korean cuisine
Tori Miso Katsu Don Set

Deep fried chicken nuggets in spicy sauce served with steamed rice, Japanese wheat noodle with sweet beancurd skin and seasoned Japanese radish.
Salad with roasted chicken.
Sandwich at hotel
Katsuni Set.

Deep fried chicken in special sauce served with sliced onion and egg. And also mini salad.
Hidangan KFC Spicy
Satay ayam 10 cucuk
Bihun Siam
Potato cream soup with garlic bread.
Mushroom soup with garlic bread.
Speghetti Carbonara
Garlic Bread Chicken Puma Cheese

Sunday, 23 August 2015

Makan apa untuk hari ini?

Oleh kerana hari gaji akan masuk tidak lama lagi, aku bersiar-siar sebentar di Alamanda Putrajaya sambil membeli barang dapur untuk dimasak di rumah. Tetapi sebelum itu, singgah ke Medan Selera shopping complex berkenaan untuk makan malam.

Mujurlah pengunjung tak berapa ramai sangat. Jadi, mudahlah aku memesan makanan kegemaranku bertemakan selera dari Asia Timur. Selain hidangan Asia Timur, aku juga sukakan hidangan Western. Aku akan makan hidangan tempatan jika berlaku darurat yang sering melanda setiap pertengahan bulan.

Dalam masa tak sampai 20 minit, akhirnya hidangan yang aku makan selamat dihabiskan dengan selamat. Selepas ini, akan aku cuba pula hidangan yang baru tetapi masih bertemakan selera Asia Timur atau Western.

Selepas itu, jalan-jalan sekitar shopping complex dan sempat singgah ke MPH untuk mencari satu majalah yang amat berguna untuk mencari duit lebih.

Bila dah puas bersiar-siar dan membeli barang dapur, sudah tiba masanya untuk pulang ke rumah. Tetapi sebelum itu aku minum Milkshake Junior berperisa Chocolate Mint.