Friday, 30 December 2016

Sayonara 2016 & Koniciwa 2017!

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Memandangkan esok, 31 Disember adalah hari terakhir untuk tahun 2016 dan lusa pula, 1 Januari adalah hari pertama untuk tahun baru iaitu 2017, saya upload lima jenis hidangan terbaik yang dipilih oleh aku untuk sepanjang tahun 2016. 

1) Korean Curry and Rice with Korea Rice Drink
2) Fried Octopus in Spicy and Rice with Citrus Tea
3) "Maaf. Aku tak ingat nama hidangan ni tetapi ia adalah hidangan Jepun"
4) Chicken Salad & Iced Cafe Latte
5) Maggi Curry Ramen
Oleh yang demikian, aku berharap pada tahun 2017 nanti akan berusaha untuk mencari lebih banyak hidangan yang the best serta boleh memuaskan hati dan mengenyangkan perut aku.


Monday, 7 November 2016

Dah Nak Hujung Tahun Baru Nak Upload Berbuka Puasa?!

Assalamualaikum & salam sejahtera. Bagi aku, memang betul-betul terlambat nak mam*** untuk upload aktiviti pemakanan, window shopping & melepak di pusat membeli-belah terkemuka. Oleh itu, aku tiada pilihan lain untuk upload kisah shopping di Alamanda Putrajaya ketika bulan puasa, seminggu sebelum Hari Raya Aidil Fitri

Sekarang ni dah masuk bulan November. Bulan depan Disember & akhirnya masuk tahun 2017. Ini betul-betul punyalah lambat!

Jalan masuk ke Alamanda Putrajaya
Menikmati hiburan sebelum berbuka puasa
Pandangan atas
Japanese goods
Lepak di sini sambil menunggu waktu berbuka
On the way ke restaurant untuk berbuka
Inilah restaurant, tempat aku berbuka puasa
Oishi desu ne....
Steki desu yo...
Selepas berbuka & sebelum balik, beli underware
Tak lupa juga bayar Zakat Fitrah

Thursday, 28 July 2016

Rumah Terbuka Hari Raya di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan

Open house telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan pada hari ini. Ia bermula pada pukul 11 pagi tadi dan berakhir sehingga pukul 4 petang. 

Tidak banyak gambar yang aku ambil. Ini disebabkan kambing golek idamanku sudah pun habis sebelum masuk tengahari. Oleh demikian, kenalah enjoy dengan apa yang ada. Apa boleh buat?

Logo sebesar pintu masuk menyambut aku
Ramai juga yang datang
Antara gerai mini yang ada di situ
Persembahan lagu Raya
Tetamu mula beransur pulang selepas makan
Pandangan dari pintu masuk utama dewan
Di luar dewan pun ada gerai juga
Gerai hidangan satay. 20 cucuk satay ayam aku bedal
Apalah yang diborakkan dua ekor meow ni?
Bahagian belakang dewan, berdekatan dengan tandas
My first appetizer
Popiah. My second appetizer
Hidangan warga marhain, ubi kayu
Main course, satay sebanyak 20 cucuk (ini pinggan pertama)
Rojak, second main course
Dessert, my final meal
Okay, the end....

Monday, 4 July 2016

Majlis Berbuka Puasa Di Wisma Putra


Pada hari Sabtu lepas (2hb Julai), berlangsungnya majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh kompeni di mana tempat aku bekerja. Ia berlangsung di sebelah Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu di Wisma Putra. Oleh demikian, aku tak mahu melepaskan peluang untuk makan free khususnya nak makan kambing bakar!

Menu buffet Ramadan
Licin terus!
Lauk-pauk yang lazat
Buffet line yang mula lengang
Station kambing bakar yang 2-3 kali aku kunjung!
Cantik kaki awek tu. Confirm licin & gebu
Dekorasi bertemakan kampung halaman
Pengawal keselamatan yang baru habis berbuka tadi
Ramai juga customer yang datang
Member sedang menjamu selera
Hidangan pertama aku makan, kambing bakar
Hidangan kedua aku makan
Hidangan ketiga & terakhir. Daging kambing bakar juga

Wednesday, 22 June 2016

Window Shopping di IOI Mall Putrajaya (Edisi Gaji Belum Masuk)

Assalamualaikum peminat pemakanan. Untuk kali ini, saya bersiar-siar mencuci mata sambil menunggu waktu berbuka puasa. Malangnya, gaji belum masuk dan terpaksalah menahan perasaan untuk membeli kasut, stoking serta seluar baru. Maklumlah. Hari Raya akan tiba dalam dua minggu dari sekarang.

Lepak di kedai buku

Rambang mata dibuatnya
Macam best ceritanya. Malangnya, tak faham bahasa Inggeris
Lengang sikit sebab time ni gaji belum masuk
Di ruang legar IOI Mall Putrajaya
Sepasang unta yang disumpah menjadi patung
Lagi 10 minit sebelum waktu berbuka
Mujur pelanggan tak berapa ramai sangat
Hidangan berbuka: Chicken Teriyaki Bento dan White Coffee
Tak cukup lagi? Pesan hidangan kedua
Makan aiskrim sebagai pencuci mulut
Sebelum balik, singgah Tesco untuk membeli barang dapur