Tuesday, 18 September 2018

Kejadian Malam Kelmarin (2018/09/16)

Sedang dok sedap picit botol bancuhan tepung, secara tiba-tiba penutupnya tercabut dan membuakkan isinya. Nasib baiklah isi tak banyak dan betul-betul atas takoyaki pan. Kalau tak, rugi habis....

Setelah memasak dengan perasaan hampa, akhirnya dapatlah hasil yang elok walau pun hanya enam biji aje yang berjaya dibentuk menjadi takoyaki walu pun tak perfect 100%.

Sejak aku beli takoyaki pan melalui Lazada, dah bermacam experiment serta testing telah dibuat. Ada yang berjaya tak sampai 60% & baki result adalah ke laut.

Ini salah satu hasil ke laut. Bertempek-tempek melekat sesama mereka. (Kes penutup botol tercabut setelah dipicit)

Ini salah satu hasil masakan takoyaki walau pun tak sampai 60% perfect. Sebab ada lobang-lobang rongga yang menampakkan isinya.

Thursday, 13 September 2018

AKU KINI KEMBALI KE DUNIA PEMAKANAN.....

ALHAMDULILLAH.... Setelah sekian lama menyepi dari dunia pemakanan hampir dua tahun setengah suku, akhirnya aku kembali dengan pelbagai menu khas untuk orang bujang macam aku ni.

Sejak aku holiday lama, macam-macam perkara yang berlaku termasuklah bondaku tersayang, Salmah Binti Abdullah kembali ke rahmatullah pada 25 Mac 2017.

Kini dengan azam serta nafas yang baru, aku bangkit untuk mencetuskan fenomena dunia pemakanan yang menjadi hobi di masa lapang.

Ia sebagai persiapan bagi memulakan perniagaan dalam bidang Food and Beverage walau pun secara sambilan atau kecil-kecilan. Ditambahkan lagi JIKA company tempat aku bekerja secara tiba-tiba "goyang semacam" (sediakan payung sebelum hujan).

So, lepas ni aku akan sentiasa update pelbagai perkara yang berkaitan dengan menu hidangan, makanan serta memasak tanpa sebarang masalah. Inshaallah....