Untuk kali ini, saya akan tunjuk cara-cara buat popiah yang simple bagi mereka yang masih bujang seperti saya.
Bahan-bahan:
|
Jagung manis |
|
Keju yang dihiris |
(Tiada dalam gambar)
1. Kulit popiah
2. Kentang yang telah dihiris
Cara-cara:
a) Rebus kentang yang dah hiris sehingga lembut. Tetapi, kena periksa dalam selang 5 hingga 10 minit agar jangan sampai lembut sangat. Selepas itu, tos dan biarkan ia sejuk.
b) Panaskan periuk sebelum dituang sedikit minyak zaiton. Kemudian, masukkan jagung manis dan kacau sehingga sebati.
c) Tuangkan pula semua sayur kecuali tomato cherry sebelum digaul dalam 5 minit
d) Kemudian, giliran kentang pula selepas ditos dan dibiar sejuk. Gaul sehingga sebati sambil masukkan sedikit lada hitam, lada sulah, secubit garam dan perasa maggi.
e) Bentangkan kulit roti popiah dan guna sudu besar untuk mencedok bahan inti ke atas kulit popiah tadi. Lepas tu, bubuh tomato cherry yang dibelah dua serta keju yang dihiris nipis.
f) Gulung popiah tadi dengan berhati-hati agar ia tidak pecah terburai macam isi perut manusia sebelum diletak susun kemas di atas pinggan (gambar sebelah kanan anda).
g) Okay, cari periuk atau pan fried yang lain dan panaskan minyak zaiton dalam 5 hingg 6 minit.
h) Masukkan popiah satu demi satu dengan berhati-hati agar ia tak terlepas. Jika tidak minyak yang panas akan terpercik dan mengenai kaki anda sehingga menyebabkan melecur. Goreng popiah selama 5 minit (agak-agak la) dan kemudian, golek-golek ke bahagian lain sebelum biarkan tempoh yang sama.
i) Akhirnya dah siap dan disusun elok-elok untuk dihidangkan kepada tetamu. Bolah juga dijadikan hidang berbuka puasa tetapi untuk sahur agak mustahil. Ini kerana proses nak buat popiah mengambil masa yang sedikit lama. Mungkin selepas azan Subuh bolehlah makan. Selamat mencuba dan jika gagal, sila jangan menghubungi saya.