Tuesday, 18 September 2018

Kejadian Malam Kelmarin (2018/09/16)

Sedang dok sedap picit botol bancuhan tepung, secara tiba-tiba penutupnya tercabut dan membuakkan isinya. Nasib baiklah isi tak banyak dan betul-betul atas takoyaki pan. Kalau tak, rugi habis....

Setelah memasak dengan perasaan hampa, akhirnya dapatlah hasil yang elok walau pun hanya enam biji aje yang berjaya dibentuk menjadi takoyaki walu pun tak perfect 100%.

Sejak aku beli takoyaki pan melalui Lazada, dah bermacam experiment serta testing telah dibuat. Ada yang berjaya tak sampai 60% & baki result adalah ke laut.

Ini salah satu hasil ke laut. Bertempek-tempek melekat sesama mereka. (Kes penutup botol tercabut setelah dipicit)

Ini salah satu hasil masakan takoyaki walau pun tak sampai 60% perfect. Sebab ada lobang-lobang rongga yang menampakkan isinya.

Thursday, 13 September 2018

AKU KINI KEMBALI KE DUNIA PEMAKANAN.....

ALHAMDULILLAH.... Setelah sekian lama menyepi dari dunia pemakanan hampir dua tahun setengah suku, akhirnya aku kembali dengan pelbagai menu khas untuk orang bujang macam aku ni.

Sejak aku holiday lama, macam-macam perkara yang berlaku termasuklah bondaku tersayang, Salmah Binti Abdullah kembali ke rahmatullah pada 25 Mac 2017.

Kini dengan azam serta nafas yang baru, aku bangkit untuk mencetuskan fenomena dunia pemakanan yang menjadi hobi di masa lapang.

Ia sebagai persiapan bagi memulakan perniagaan dalam bidang Food and Beverage walau pun secara sambilan atau kecil-kecilan. Ditambahkan lagi JIKA company tempat aku bekerja secara tiba-tiba "goyang semacam" (sediakan payung sebelum hujan).

So, lepas ni aku akan sentiasa update pelbagai perkara yang berkaitan dengan menu hidangan, makanan serta memasak tanpa sebarang masalah. Inshaallah.... 

Friday, 30 December 2016

Sayonara 2016 & Koniciwa 2017!

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Memandangkan esok, 31 Disember adalah hari terakhir untuk tahun 2016 dan lusa pula, 1 Januari adalah hari pertama untuk tahun baru iaitu 2017, saya upload lima jenis hidangan terbaik yang dipilih oleh aku untuk sepanjang tahun 2016. 

1) Korean Curry and Rice with Korea Rice Drink
2) Fried Octopus in Spicy and Rice with Citrus Tea
3) "Maaf. Aku tak ingat nama hidangan ni tetapi ia adalah hidangan Jepun"
4) Chicken Salad & Iced Cafe Latte
5) Maggi Curry Ramen
Oleh yang demikian, aku berharap pada tahun 2017 nanti akan berusaha untuk mencari lebih banyak hidangan yang the best serta boleh memuaskan hati dan mengenyangkan perut aku.


Monday, 7 November 2016

Dah Nak Hujung Tahun Baru Nak Upload Berbuka Puasa?!

Assalamualaikum & salam sejahtera. Bagi aku, memang betul-betul terlambat nak mam*** untuk upload aktiviti pemakanan, window shopping & melepak di pusat membeli-belah terkemuka. Oleh itu, aku tiada pilihan lain untuk upload kisah shopping di Alamanda Putrajaya ketika bulan puasa, seminggu sebelum Hari Raya Aidil Fitri

Sekarang ni dah masuk bulan November. Bulan depan Disember & akhirnya masuk tahun 2017. Ini betul-betul punyalah lambat!

Jalan masuk ke Alamanda Putrajaya
Menikmati hiburan sebelum berbuka puasa
Pandangan atas
Japanese goods
Lepak di sini sambil menunggu waktu berbuka
On the way ke restaurant untuk berbuka
Inilah restaurant, tempat aku berbuka puasa
Oishi desu ne....
Steki desu yo...
Selepas berbuka & sebelum balik, beli underware
Tak lupa juga bayar Zakat Fitrah